Festival Turath 2026 dijadual September, bekas mufti besar Mesir setuju hadir

14 Mac 2026, 5:08 AM
Festival Turath 2026 dijadual September, bekas mufti besar Mesir setuju hadir
Festival Turath 2026 dijadual September, bekas mufti besar Mesir setuju hadir
Festival Turath 2026 dijadual September, bekas mufti besar Mesir setuju hadir

SHAH ALAM, 14 MAC: Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026 yang menghimpunkan cendekiawan Islam pelbagai cabang pengetahuan dijadual berlangsung September ini, maklum Dato’ Menteri Besar.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Juma’ah, antara yang bersetuju hadir ke festival itu tahun ini, selepas dua tahun berturut-turut mengupas Kitab Hadis 40 Imam An-Nawawi.

“Syukur Alhamdulillah, di malam 21 Ramadan yang berkah, saya dan Masdiana serta anakanda Amirul Haziq diterima sebagai tetamu di kediaman al-Allamah Syeikh Ali Juma'ah di Kaherah.

“Kunjungan pada malam 21 Ramadhan ini cukup bermakna bagi kami. Al Allamah Syeikh Ali sudi menerima kunjungan kami dan ditakdirkan bertemu di bulan Ramadan yang mulia.

Ribuan jemaah memenuhi ruang solat utama Masjid Sultan Salahduddin Abdul aziz Shah, Shah Alam bagi mendengar Syarahan Perdana “Pedoman Mendidik Anak ke Arah Menghargai Warisan Keilmuan Islam” sempena Festival Turath Islami Selangor 3.0 pada 18 Julai 2025 Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

“Saya turut mengambil ruang pertemuan ini untuk menjemput Al Allamah Syeikh Ali hadir ke Festival Turath Islami Selangor September ini. Alhamdulillah, Syeikh Ali Juma’ah setuju hadir,” katanya di Facebook.

Amirudin turut mendoakan agar Syeikh Ali Juma'ah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan diberi kekuatan untuk terus menabur bakti dalam kepada masyarakat Islam di seluruh dunia.

“Semoga ukhuwah dan silaturrahim ini terus diberkati dah dirahmati Allah SWT,” katanya.

Edisi sulung FTIS pada 2023 menarik kira-kira 5,000 pengunjung. Tahun kedua penganjurannya menyaksikan lonjakan luar biasa dengan kehadiran hampir 30,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Festival itu bukan sekadar wacana atau forum ilmiah, tetapi medan menadah kitab secara talaqqi. Ia satu bentuk pengajian bersanad yang jarang diperoleh di luar institusi pondok.

Peserta berpeluang duduk berhadapan dengan ulama besar dan belajar ayat demi ayat, kalimah demi kalimah seperti zaman silam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.