KPM nafi adakan libat urus bersama tadika swasta di gereja

13 Mac 2026, 12:15 PM
KPM nafi adakan libat urus bersama tadika swasta di gereja

PUTRAJAYA, 13 MAC: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan bahawa sesi libat urus (SLU) bersama pihak berkepentingan tadika swasta zon utara yang berlangsung semalam diadakan di sebuah gereja seperti yang tular di media sosial.

Kesal dengan dakwaan tidak berasas itu, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata SLU itu telah dilaksanakan di dewan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berdaftar dengan kementerian.

Beliau berkata pemilihan lokasi itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan dan fasiliti yang tersedia selain bertujuan mengetengahkan peranan sekolah antarabangsa sebagai sebahagian daripada ekosistem pendidikan swasta negara.

"Pemilihan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption juga membuktikan sinergi yang baik antara KPM dan pihak penyedia pendidikan swasta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dakwaan yang tular itu jelas berniat jahat dan cubaan menimbulkan kekeliruan dan memburukkan imej kementerian.

"Mengambil ibrah bulan Ramadan, KPM menyeru semua pihak untuk meningkatkan amal ibadah dan tidak terjebak dalam perbuatan fitnah," katanya.

-- BERNAMA

TAG: KPM, dakwaan, SLU, gereja, berniat jahat

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.