50 ibu tunggal di Hulu Kelang bakal terima bantuan khas Aidilfitri

13 Mac 2026, 10:01 AM
50 ibu tunggal di Hulu Kelang bakal terima bantuan khas Aidilfitri

SHAH ALAM, 13 MAC: Seramai 50 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang bakal menerima bantuan khas sempena Aidilfitri pada 17 Mac ini.

Pegawai Penyelaras DUN Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli berkata bantuan berkenaan merupakan inisiatif pertama yang dilaksanakan pada tahun ini khusus untuk golongan ibu tunggal di kawasan tersebut.

Menurut beliau, sumbangan itu turut melengkapkan bantuan yang sebelum ini disalurkan kepada golongan wanita dan ibu tunggal dengan peruntukan kira-kira RM7,500.

"Jumlah peruntukan RM7,500 itu merangkumi bakul raya yang berisi bahan makanan yang khusus untuk persiapan raya dan duit raya untuk setiap 50 ibu tunggal.

"Syarat kelayakan untuk bantuan ini adalah pemohon mestilah pengundi berdaftar di DUN Hulu Kelang, berumur 59 tahun ke bawah dan mempunyai tanggungan anak berusia 18 tahun ke bawah," katanya.

Menurutnya, pendaftaran boleh dibuat di Pusat Khidmat DUN Hulu Kelang atau dengan menghubungi talian 018-2736603 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan berkenaan.

Permohonan dibuka sehingga 15 Mac 2026.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.