PM arah semak cadangan kerja dari rumah, keputusan 17 Mac

13 Mac 2026, 5:50 AM
PM arah semak cadangan kerja dari rumah, keputusan 17 Mac

SHAH ALAM, 13 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam melakukan semakan menyeluruh terhadap cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi memastikan penyelarasan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam ditugaskan meneliti kebolehlaksanaan cadangan tersebut, lapor The Star.

Menurutnya, arahan itu bertujuan memastikan operasi perkhidmatan awam terus cekap tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

"Perdana menteri minta Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam meneliti cadangan WFH bagi memastikan beberapa perkara dapat diselaraskan," katanya.

Beliau berkata hasil semakan berkenaan akan dibincangkan dalam masa terdekat sebelum keputusan dimuktamadkan.

"Keputusan daripada perbincangan ini akan dibentangkan dan satu keputusan dijangka dicapai pada 17 Mac ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.