Masjid Jamiurrahmah dibina semula, mampu tampung sehingga 1,200 jemaah

11 Mac 2026, 9:02 AM
Masjid Jamiurrahmah dibina semula, mampu tampung sehingga 1,200 jemaah
Masjid Jamiurrahmah dibina semula, mampu tampung sehingga 1,200 jemaah
Masjid Jamiurrahmah dibina semula, mampu tampung sehingga 1,200 jemaah

SHAH ALAM, 11 MAC: Masjid Jamiurrahmah di Kampung Limau Manis, Sungai Merab akan dibina semula dengan projek perobohan melibatkan kos RM6.93 juta bagi bagi memastikan kemudahan ibadah yang lebih selesa kepada penduduk.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Ir Shukri Ishak berkata projek pembinaan semula masjid itu akan dilaksanakan Sri Sekamat Enterprise Sdn Bhd dengan tempoh pelaksanaan bermula 1 April 2026 dan dijangka siap pada 16 September 2027.

“Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menzahirkan harapan agar projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh, kos dan kualiti yang ditetapkan demi manfaat masyarakat setempat serta memperkukuh kemudahan ibadah di kawasan tersebut.

“Masjid yang dibina semula ini bakal menampung sehingga 1,200 jemaah serta dilengkapi pelbagai kemudahan bagi kegunaan komuniti setempat,” kata JKR Negeri Selangor melalui hantaran di Facebook.

Terdahulu, Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) projek berkenaan disempurnakan Amirudin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Dr Haniff Zainal Abidin, Pengarah Pembangunan Negeri Dato’ Mohd Khidir Majid, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad serta wakil jawatankuasa pembangunan masjid dan kontraktor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.