Jualan PLATS lebih RM3 juta bukti sokongan kepada peniaga bazar

7 Mac 2026, 12:21 PM
Jualan PLATS lebih RM3 juta bukti sokongan kepada peniaga bazar
Jualan PLATS lebih RM3 juta bukti sokongan kepada peniaga bazar
Jualan PLATS lebih RM3 juta bukti sokongan kepada peniaga bazar
Jualan PLATS lebih RM3 juta bukti sokongan kepada peniaga bazar
Jualan PLATS lebih RM3 juta bukti sokongan kepada peniaga bazar

KUALA LANGAT, 7 MAC: Platform Selangor (PLATS) merekodkan nilai jualan melebihi RM3 juta setakat pertengahan Ramadan tahun ini, kata Dato Menteri Besar Selangor.

Dato Seri Amirudin Shari berkata pencapaian tersebut menunjukkan sokongan positif orang ramai terhadap peniaga kecil selain membuktikan keberkesanan inisiatif pendigitalan perniagaan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Menurutnya, nilai jualan yang direkodkan melalui sistem PLATS bersama Agrobank itu turut mencerminkan peningkatan aktiviti ekonomi di peringkat akar umbi sepanjang Ramadan.

"Saya percaya ini juga menjadi petanda ekonomi di peringkat akar umbi semakin baik. Sebab itu tahun ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada Agrobank dan PLATS yang terus menyokong pelaksanaan program ini di lebih banyak kawasan bazar," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program singgah bazar dan agihan bubur lambuk Rumpun Selangor di Bazar Ramadan Banting Baru, di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemui media ketika program singgah bazar dan agihan bubur lambuk Rumpun Selangor di Bazar Ramadan Banting Baru, Kuala Langat pada 7 Mac 2026. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Menurutnya, pelaksanaan program tersebut pada tahun ini turut diperluaskan ke lebih banyak lokasi bazar Ramadan bagi membantu peniaga kecil dan penjaja memanfaatkan kemudahan transaksi digital.

"Saya percaya jumlah ini akan terus meningkat kerana tahun ini melibatkan lebih banyak kawasan bazar yang kita biayai dan taja berbanding tahun lalu," katanya.

Beliau menjelaskan angka RM3 juta yang direkodkan setakat ini hanya melibatkan transaksi yang dapat diukur melalui sistem PLATS bersama Agrobank, manakala jumlah keseluruhan jualan sebenar peniaga di bazar berkemungkinan jauh lebih tinggi.

"Angka yang kita boleh ukur adalah melalui sistem PLATS bersama Agrobank, namun jika mengambil kira keseluruhan jualan peniaga di bazar, nilainya mungkin tiga hingga empat kali ganda lebih tinggi," tambahnya.

Terdahulu, Amirudin turut meluangkan masa kira-kira setengah jam mengedar bubur lambuk kepada pengunjung, selain meninjau gerai peniaga serta membeli beberapa juadah seperti murtabak dan shawarma sebagai tanda sokongan kepada peniaga tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.