Bekalan makanan asas sepanjang Aidilfitri mencukupi, elak pembelian panik

6 Mac 2026, 12:42 PM
Bekalan makanan asas sepanjang Aidilfitri mencukupi, elak pembelian panik
Bekalan makanan asas sepanjang Aidilfitri mencukupi, elak pembelian panik
Bekalan makanan asas sepanjang Aidilfitri mencukupi, elak pembelian panik

KOTA BHARU, 6 MAC: Bekalan barangan makanan asas seperti telur, daging, ayam, ikan, sayur dan buah di seluruh negara mencukupi sepanjang Aidilfitri.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rakyat tidak perlu membuat pembelian panik memandangkan bekalan makanan asas masih stabil dan mencukupi.

“Alhamdulillah, setakat ini dari segi bekalan makanan barangan asas mencukupi. Bagaimanapun permintaan bekalan santan menyaksikan peningkatan dan kementerian melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang menambah bekalan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Cahaya Aidilfitri Usahawan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Majlis Iftar Kasih di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong di sini hari ini.

Berhubung karnival itu, Mohamad berkata pihaknya menyasarkan jualan mencecah RM750,000.

“Ini bukan angka kecil, ini suntikan langsung kepada ekonomi usahawan industri asas tani supaya mereka terus progresif dan mampan.

“Lebih daripada itu, karnival ini memperkukuh sinergi antara kerajaan, agensi dan komuniti usahawan dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.