AFC: Kes FAM dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib

6 Mac 2026, 4:02 AM
AFC: Kes FAM dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib
AFC: Kes FAM dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib
AFC: Kes FAM dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengambil maklum mengenai keputusan dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beberapa pemain kebangsaan.

Menerusi kenyataan hari ini, AFC mengesahkan perkara terbabit kini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC untuk tindakan dan pertimbangan lanjut.

Difahamkan badan induk itu tidak memberikan sebarang komen mengenai siasatan atau prosiding yang sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika itu.

Semalam, CAS sebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman kerana memalsukan dokumen naturalisasi dan kelayakan.

Dalam keputusan operasi (tanpa alasan terperinci) yang dikeluarkan, Panel CAS memutuskan bahawa tujuh pemain itu tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun ia hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Panel CAS berpendapat bahawa denda sebanyak CHF 350,000 (anggaran RM1.8 juta) ke atas FAM berhubung kes berkenaan adalah wajar, setimpal, dan kekal berkuat kuasa.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.