TVET: Selangor latih 4,000 pelajar, lebih 1,700 dapat kerja bergaji hingga RM4,000

4 Mac 2026, 12:37 AM
TVET: Selangor latih 4,000 pelajar, lebih 1,700 dapat kerja bergaji hingga RM4,000
TVET: Selangor latih 4,000 pelajar, lebih 1,700 dapat kerja bergaji hingga RM4,000
TVET: Selangor latih 4,000 pelajar, lebih 1,700 dapat kerja bergaji hingga RM4,000
TVET: Selangor latih 4,000 pelajar, lebih 1,700 dapat kerja bergaji hingga RM4,000

GOMBAK, 4 MAC: Kerajaan Selangor melatih lebih 4,000 pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai usaha berterusan memperkasa pembangunan modal insan serta meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbiran negeri memperuntukkan antara RM20 juta hingga RM26 juta bagi melaksanakan dan memperkukuh program latihan berkenaan.

Menurutnya, hasil pelaburan tersebut menunjukkan impak positif apabila lebih 1,700 pelatih yang menamatkan latihan bersama syarikat gergasi berjaya memperoleh pekerjaan dengan peningkatan gaji yang ketara.

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap di Majlis Program Jauhlah Ramadan di SMK Sungai Pusu Gombak pada 3 Mac 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“1,700 individu yang kita sudah latih telah bekerja selepas memasuki latihan TVET dengan Siemens, KMX, Matrix, Apple, BMW dan Dassault Systemes.

“Mereka juga menerima kenaikan gaji dari RM1,700 hingga RM4,000,” katanya ketika berucap pada program Jaulah Ramadan di sini, semalam. Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Amirudin menegaskan pendidikan merupakan kunci utama kejayaan Selangor dalam mengekalkan kedudukannya sebagai negeri penyumbang utama ekonomi negara.

“Selangor tidak mempunyai sumber bumi yang besar seperti emas, perak dan petroleum. Kelebihan kita adalah pada sumber manusia.

“Justeru, untuk kekal cemerlang, Selangor perlu terus memperkasa sektor pendidikan,” katanya.

Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani plat Pusat Lestari SMK Sungai Pusu di Majlis Program Jauhlah Ramadan di SMK Sungai Pusu Gombak pada 3 Mac 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan Program Selangor Career Outreach (SCOUT) bagi memastikan bekalan tenaga mahir sentiasa mencukupi dan seiring keperluan industri.

Inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2026 itu bertujuan menghubungkan institusi akademik dengan sektor industri, sekali gus melahirkan tenaga kerja berbakat dan memperluas peluang pekerjaan di seluruh negeri.

Strategi tersebut selari dengan usaha Kerajaan Persekutuan membangunkan Central Region Initiative, iaitu pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu negara.

Dilancarkan pada 11 November lalu, inisiatif itu membabitkan kerjasama strategik antara Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sebagai zon ekonomi paling dinamik di Malaysia.

Apa reaksi anda?