SELANGOR

Mayat ketiga pemancing hanyut di Sungai Gasi ditemui

20 Feb 2018, 7:11 AM
Mayat ketiga pemancing hanyut di Sungai Gasi ditemui
Mayat ketiga pemancing hanyut di Sungai Gasi ditemui

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 20 FEB: Mayat ketiga pemancing yang hanyut ketika memancing di Sungai Gasi berhampiran Kem Sungai Buloh semalam, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman berkata, mangsa dikenali sebagai Silawati Zailan, 31.

"Mayat mangsa ditemui kira-kira 13 kilometer dari pos kawalan bomba manakala usaha mencari dua lagi mangsa masih giat dilakukan," katanya.

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga mangsa.

Dua lagi mangsa dilaporkan hilang sebelum ini dikenali sebagai Rapawi Jum'ada, 37, Jeleha Hashim, 48, dan

Sebelum ini, dua mangsa telah ditemui, dikenali sebagai Hashir, 38 tahun, pada jam 9.50 malam kira-kira 8.2 kilometer dari lokasi kejadian.

Mangsa kedua pula dikenali sebagai Jamaluddin Rapawi, 14, ditemui jam 1.26 pagi, kira-kira satu kilometer daripada lokasi penemuan awal.

Sumber gambar: Berita Harian

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.