SELANGOR

Polis kenal pasti identiti dua pemancing lemas di Sungai Gasi

20 Feb 2018, 4:08 AM
Polis kenal pasti identiti dua pemancing lemas di Sungai Gasi

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 20 FEB: Identiti dua mangsa lemas ketika memancing di Sungai Gasi, berhampiran Kem Sungai Buloh semalam, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S. Somu berkata, mayat pertama dikenali sebagai Hashir, 38, seorang warga Indonesia manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Jamaluddin Rapawi, 14.

Katanya, tiga mangsa yang masih belum dijumpai ialah bapa kepada Jamaluddin iaitu Rapawi Jum'ada, 37, Jaleha Hashim, 48, dan Silawati Zailan (umur belum dipastikan).

"Bedah siasat dijalankan hari ini di Hospital Sungai Buloh sebelum diserahkan kepada anggota keluarga mangsa," katanya lapor Bernama.

Katanya, kejadian itu adalah yang pertama sejak 2013 dan polis akan melarang orang awam memancing di kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.