PBT

Hari Rendah Karbon Bandar Rimbayu saji pelbagai aktiviti menarik

26 Dis 2022, 6:07 AM
Hari Rendah Karbon Bandar Rimbayu saji pelbagai aktiviti menarik
Hari Rendah Karbon Bandar Rimbayu saji pelbagai aktiviti menarik

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 26 DIS: Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sempena Hari Rendah Karbon@Bandar Rimbayu Kuala Langat pada 7 Januari depan.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan program bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari di Jalan Flora 2, Bandar Rimbayu.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya eco paint, eco free market, peragaan fesyen eko (eco fashion show), bola sepak jalanan, larian mesra eko 5KM dan basikal tolak (push bike) bagi kanak-kanak.

“Selain itu turut disediakan adalah aktiviti bermesra dengan burung (petting bird) selain trak makanan untuk kemudahan pengunjung,” katanya di Facebook.

Untuk maklumat lanjut hubungi Jabatan Perancangan Pembangunan di talian 012 300 4180 atau Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat (012 300 4891).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.