SHAH ALAM, 27 FEB: Pemantauan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menggunakan dron berjaya mengesan kegiatan pembuangan sampah secara haram di kawasan Bukit Changgang dan Kampung Lombong, Kuala Langat baru-baru ini.
Menurut pihak berkuasa tempatan itu, dua notis kesalahan dikeluarkan masing-masing pada 8 dan 12 Januari lalu di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil (4) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.
"MPKL akan terus mempergiat usaha membanteras aktiviti pembuangan sampah haram di sekitar daerah melalui pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan.
"MPKL tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa," tegasnya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan berkaitan aktiviti pembuangan sampah haram boleh menyalurkan laporan laluai saluran berikut:
laman aduan rasmi: mpkl.spab.gov.my
hubungi talian: 012-300 4130








