MPAJ sita lima premis perniagaan, penjaja warga asing

26 Feb 2026, 3:27 AM
MPAJ sita lima premis perniagaan, penjaja warga asing
MPAJ sita lima premis perniagaan, penjaja warga asing
MPAJ sita lima premis perniagaan, penjaja warga asing

SHAH ALAM, 26 FEB: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita lima premis perniagaan dan penjaja yang dipercayai milik warga asing di sekitar Ampang Hilir, semalam.

MPAJ menerusi Facebook memaklumkan, tindakan penyitaan oleh Jabatan Penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dilaksana atas pelbagai kesalahan, termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran MPAJ sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak menjejaskan kesejahteraan serta keselamatan awam.

“MPAJ akan terus mempergiat operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa demi memastikan persekitaran perniagaan yang teratur, berlesen dan berdaya saing,” katanya.

MPAJ turut membuka saluran aduan yang boleh dibuat melalui SISPAA MPAJ di https://mpaj.spab.gov.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-22-8100.

Untuk rekod, semua PBT tidak membenarkan warga asing untuk memohon atau memiliki lesen termasuk lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit dan kedai makan di negara ini.

Penguatkuasaan tersebut tertakluk di bawah dasar dan peraturan sedia ada iaitu Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja serta UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

Di Malaysia, syarikat asing hanya dibenarkan untuk membuka perniagaan peruncitan berskala besar dalam bentuk syarikat sendirian berhad, perkongsian atau sebagai rakan francais.

Apa reaksi anda?