Selangor tingkat Insentif Haji Muassasah kepada RM1,500 tahun ini

20 Feb 2026, 8:39 AM

SHAH ALAM, 20 FEB: Kerajaan Negeri meneruskan pelaksanaan Insentif Haji Muassasah dengan kadar RM1,500 kepada 6,000 bakal jemaah haji muassasah dari Selangor tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, peningkatan RM500 berbanding RM1,000 sebelum ini diluluskan menerusi Belanjawan Selangor 2026 dengan jumlah peruntukan keseluruhan RM9 juta.

"Sejak diperkenalkan pada 2022 oleh Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, inisiatif berkenaan telah memanfaatkan 18,000 jemaah haji muassasah dari negeri ini.

"Seramai 3,000 jemaah menerima insentif berkenaan pada 2022 dan 2023, manakala jumlah penerima meningkat kepada 6,000 orang masing-masing pada 2024 dan 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi melancarkan proses permohonan, bakal jemaah yang merupakan warga Selangor serta pengundi berdaftar di negeri ini hanya perlu membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026 yang memaparkan Kod MUAS ke Pusat Khidmat Masyarakat atau Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Permohonan dibuka dari 23 Februari ini hingga 15 Julai 2026 dan akan diselaraskan Yayasan MBI.

"Saya mendoakan usaha ini dapat memudahkan persiapan perjalanan para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini, Insha-Allah," katanya.

Apa reaksi anda?