Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pagi ini

16 Feb 2026, 2:52 AM
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar pagi ini

SHAH ALAM, 16 FEB: Aliran trafik di lebuh raya utama negara termasuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dan Lebuhraya Pantai Timur dilaporkan lancar dan terkawal setakat jam 10.20 pagi Isnin.

Menurut Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), keadaan sama turut direkodkan di semua lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang, manakala cuaca baik memudahkan pengguna merancang perjalanan.

LLM menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dengan teliti, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, baki kad Touch ‘n Go, Smart Tag atau RFID mencukupi, serta tangki minyak diisi penuh.

"Pemandu juga dinasihatkan mematuhi had laju, menjaga jarak selamat, dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling serta sebarang halangan di lorong yang digunakan," tulis LLM dalam hantaran di Facebook.

LLM menekankan kepentingan pengguna mengikuti panduan keselamatan sepanjang perjalanan bagi mengelak sebarang insiden dan memastikan perjalanan yang selesa dan selamat.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui:

  • Talian bebas tol PLUSLine: 1-800-88-0000

  • X/Twitter: @plustrafik

  • Talian LLM: 1-800-88-7752

  • X/Twitter: @llmtrafik

Pada 7 Februari lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan diskaun tol 50 peratus sempena perayaan itu membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM19.5 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Diskaun tol itu bermula jam 12.01 tengah malam 14 Februari hingga jam 11.59 malam pada 15 Februari.

Apa reaksi anda?