Warga emas ditemukan meninggal dunia di tengah sawah

4 Feb 2026, 2:39 PM
Warga emas ditemukan meninggal dunia di tengah sawah

SHAH ALAM, 4 FEB: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di kawasan sawah padi di Parit 1 1/2 Barat, Sungai Besar, Sabak Bernam hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu daripada orang awam pada jam 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan mendapati mangsa berusia 67 tahun dan merupakan penduduk tempatan.

“Lokasi kejadian berdekatan dengan kediaman mangsa dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah,” katanya seperti dilapor BH.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sabak Bernam bagi menjalani proses bedah siasat.

Jelasnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan salur darah jantung pecah (ruptured aortic aneurysm).

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.