CAS dengar kes tujuh pemain warisan negara secara bersemuka 26 Februari ini

30 Jan 2026, 1:32 PM

SHAH ALAM, 30 JAN: Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan mengadakan pendengaran secara bersemuka pada 26 Februari ini bagi kes membabitkan tujuh pemain warisan negara yang dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut kenyataan rasmi yang disiarkan laman web CAS, kesemua prosiding berkaitan tujuh pemain terbabit akan digabungkan dan didengar secara bersama di ibu pejabat CAS di Lausanne, Switzerland.

“CAS mengesahkan pendengaran secara bersemuka untuk prosedur berikutnya akan diadakan pada 26 Februari di ibu pejabat CAS di Lausanne.

“Prosedur terbabit akan digabungkan dan didengar secara bersama,” jelas kenyataan itu, lapor Berita Harian.

Tujuh pemain berkenaan ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Hector Hevel, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Hector Hevel yang digantung 12 bulan oleh FIFA pada September lalu atas dakwaan berkaitan pemalsuan dokumen.

Namun begitu, Isnin lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa CAS membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman (Stay of Execution) yang dikemukakan pemain terbabit.

Keputusan itu membolehkan semua pemain berkenaan meneruskan penyertaan dalam aktiviti bola sepak buat sementara waktu sehingga keputusan muktamad rayuan dikeluarkan oleh CAS.