Kesihatan PM baik, tiada halangan tugas rasmi

18 Jan 2026, 5:38 AM
Kesihatan PM baik, tiada halangan tugas rasmi

KUALA LUMPUR, 18 JAN: Kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap yang memberangsangkan, sekali gus membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan.

Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, Dr Farique Rizal Abdul Hamid memaklumkan keputusan tersebut diperoleh, selepas pemeriksaan kesihatan berkala yang dijalani Perdana Menteri di hospital itu hari ini.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan YAB Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara, demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya.

Beliau menegaskan pemeriksaan kesihatan berkala itu merupakan sebahagian daripada langkah pencegahan bagi memastikan kesejahteraan pemimpin negara sentiasa terpelihara.