Inti pati perutusan Tahun Baharu 2026 PM

5 Jan 2026, 6:22 AM
Inti pati perutusan Tahun Baharu 2026 PM

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Berikut adalah inti pati Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

  • Pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini.

  • Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini.

  • Rang undang-undang had tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentang pada sesi Parlimen ini.

  • Pelaksanaan sistem digital akan dipergiat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

  • Gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan.

  • Peruntukan naik taraf sekolah sebanyak RM80 juta diberikan kepada SJKC, RM50 juta kepada SJKT.

  • Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan bermula 20 Januari.

  • Pemberian SARA RM100 kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari.

  • Pembayaran SARA bulanan akan dibuat secara berperingkat mulai 9 Januari.

  • Jualan Rahmah MADANI bermula 9 Januari, dan akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN.

  • Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid boleh diambil di sekolah masing-masing.