Daftar SELVAKSIN: Vaksin influenza percuma untuk kanak-kanak berisiko

3 Jan 2026, 5:27 AM
Daftar SELVAKSIN: Vaksin influenza percuma untuk kanak-kanak berisiko

SHAH ALAM, 3 JAN: Kanak-kanak berumur lapan tahun ke bawah daripada keluarga B40, khususnya yang mempunyai komorbiditi atau penyakit kronik berpeluang mendapatkan vaksin influenza percuma menerusi Program Vaksin Anak Selangor (SELVAKSIN) anjuran Kerajaan Negeri.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menerusi hantaran diFacebok mengingatkan Ibu bapa atau penjaga untuk merujuk senarai klinik panel mengikut daerah termasuk di Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat untuk menetapkan janji temu.

Menurut makluman program, kanak-kanak yang layak mestilah:

  • berumur lapan tahun ke bawah

  • mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi atau penyakit kronik

  • pendapatan isi rumah RM5,250 ke bawah (kategori B40)

  • menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun, disahkan melalui bil utiliti terkini

Cara mendaftar seperti berikut:

  • daftar melalui aplikasi SELANGKAH dan muat naik dokumen sokongan

  • terima notifikasi pengesahan sebelum menetapkan tarikh janjitemu

  • hadir ke klinik bersama penjaga untuk suntikan dos pertama; sijil vaksinasi dipaparkan di aplikasi SELANGKAH

  • dos kedua boleh dijadual seawal 14 hari selepas dos pertama

Orang ramai disaran membuat pra-pendaftaran dengan mengimbas kod QR yang disediakan dan memastikan semua syarat dipenuhi. Program ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Berikut senarai klinik mengikut daerah: