Kampung India Settlement dibangun lebih tersusun, bina rumah lebih selesa

18 Dis 2025, 10:10 AM

SHAH ALAM, 18 DIS: Kampung India Settlement di Gombak akan dibangunkan lebih teratur dan tersusun termasuk lengkap dengan akses jalan serta bebas kejadian banjir.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini sebahagian rumah penduduk didirikan atas tanah rizab jalan selain lot tapak kediaman tidak sepadan dengan geran tanah.

“Jika dibiarkan tanpa intervensi, beberapa isu akan timbul termasuk tiada akses jalan dengan keluasan sewajarnya serta berlaku isu pindah milik sekiranya tanah ingin dijual.

“Kawasan juga terdedah banjir kerana tidak mempunyai penampan jalan serta saliran asasnnya tidak mampu tampung takungan air hujan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata perkara itu sudah dimaklumkn kepada penduduk supaya pandangan mereka turut diambil kira sebelum usaha menyusun kampung digerakkan.

Hasil perbincangan berkenaan, beliau berkata 44 keluarga bersetuju mengosongkan rumah untuk pembangunan utama melibatkan jalan sepanjang 2.5 kilometer.

“Perkara yang perlu diselesaikan adalah proses sewaan sepanjang tempoh pembangunan, seterusnya pembinaan semula rumah yang berpadanan dengan geran tanah.

“Kerajaan Negeri akan membantu meringankan bebas kos sewaaan 44 keluarga ini dalam tempoh pembinaan jalan, saliran, perabot jalan serta usaha tebatan banjir,” katanya.

Menurutnya, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak turut berunding dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad bagi membina rumah lebih selesa namun kos serta mekanisme pembayaran mampu dibayar penduduk.

“Proses akan bermula selepas sambutan perayaan Thaipusam bagi menghormati keperluan persiapan perayaan dan memberi tempoh secukupnya kepada penduduk.

“PDT Gombak akan menyelaras seluruh usaha ini agar berjalan sebaiknya serta mengukuhkan kualiti infrastruktur di Gombak,” katanya.