PM umum pelantikan menteri baharu, pertukaran portfolio

16 Dis 2025, 8:43 AM
PM umum pelantikan menteri baharu, pertukaran portfolio

SHAH ALAM, 16 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan menteri baharu dan pertukaran beberapa portfolio dalam Kabinet Kerajaan Madani.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, menggantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menamatkan tugas pada 2 Disember lalu.

Johari, yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Komoditi, turut pernah menjalankan tugas sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam selepas perletakan jawatan penyandang terdahulu, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Julai lalu.

Selain Johari, beberapa muka baharu dan pertukaran portfolio turut diumumkan dalam sidang media Pengumuman Anggota Kabinet Kerajaan MADANI.

Berikut senarai menteri dan timbalan menteri yang terlibat dalam rombakan tersebut:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

  • Hannah Yeoh Tseow Suan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)

  • Lo Su Fui

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak)

  • Datuk Ts Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

  • Dr Zulkifli Hassan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

  • Marhamah Rosli

Timbalan Menteri Kewangan

  • Liew Chin Tong

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

  • Datuk Seri Abdul Rahmah Mohamad

Timbalan Menteri Keterjaminan Makanan

  • Chan Foong Hin

Timbalan Menteri Dalam Negeri

  • Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  • Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

  • Adam Adli

Timbalan Menteri Pelancongan

  • Chiew Choon Man

Timbalan Menteri Perpaduan Negara

  • Yunewswaran Ramaraj

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

  • Sim Tze Tzin

Timbalan Menteri Kesihatan

  • Datuk Hanifah Hajar Taib

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

  • Steven Sim Chee Keong

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

  • Datuk Mohamad Alamin

Menteri Ekonomi

  • Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Menteri Ekonomi

  • Datuk Mohd Shahar Abdullah

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

  • Datuk Seri Arthur Joseph Kurup

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

  • Syed Ibrahim Syed Noh

Menteri Perladangan dan Komoditi

  • Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi

  • Huang Tiong Sii

Menteri Sumber Manusia

  • Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan

Timbalan Menteri Sumber Manusia

  • Khairul Firdaus Akbar Khan

Menteri Belia dan Sukan

  • Dr Mohammed Taufiq Johari

Timbalan Menteri Belia dan Sukan

  • Mordi anak Bimol