SHAH ALAM, 15 DIS: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan susulan insiden tembakan di Bondi Beach, Australia, yang berlaku pada 14 Disember 2025, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.
Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia memaklumkan pihaknya sentiasa memantau rapat perkembangan situasi berkenaan dengan kerjasama pihak berkuasa Australia.
"Rakyat Malaysia yang berada di Australia dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada kawasan terjejas, sentiasa peka terhadap situasi semasa," menurut kenyataan itu.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut meminta mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas atau memerlukan bantuan supaya segera menghubungi pihaknya bagi tujuan pemantauan dan bantuan lanjut.
Sebarang pertanyaan berkaitan insiden berkenaan boleh diajukan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra melalui talian +61 0261 200 300 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) atau +61 0416 334 901 selepas waktu pejabat.


