KUALA LUMPUR, 11 DIS: bayi ditemukan dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, Cheras dekat sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata pihaknya menerima laporan penemuan itu pada 12.51 tengah hari daripada seorang pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar.
“Lelaki itu memaklumkan pekerjanya menemukan janin bayi semasa memunggah sampah ke dalam lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai mempunyai maklumat kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Elfi menerusi talian 011-1004 8773 atau hotline Polis Daerah Cheras 03-9284 5050, Polis Kontinjen Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.


