MB: Koperasi pemangkin ekonomi Selangor, KOSAS bukti kejayaan 50 tahun

10 Dis 2025, 12:00 PM

SHAH ALAM, 10 DIS: Pertubuhan koperasi memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam pembangunan sosioekonomi negeri, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menurutnya, gerakan koperasi yang terlibat dalam pelbagai sektor turut menyumbang kepada pengukuhan daya tahan ekonomi rakyat.

“Contohnya Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS) yang bukan sahaja aktif dalam sektor perumahan dan kewangan, malah berkembang dalam bidang pertanian, mikrokredit, tenaga boleh baharu dan pelaburan mampan.

“Tahniah kepada kepimpinan, warga kerja dan seluruh anggota KOSAS atas komitmen berterusan sehingga kekal relevan dan berdaya saing sejak penubuhannya pada 1975,” katanya.

Semalam, Amirudin hadir menyempurnakan Sambutan Jubli Emas KOSAS semalam sempena 50 tahun penubuhannya, selain melancarkan Coffee Table Book “50 Tahun KOSAS” yang menghimpunkan perjalanan koperasi itu dalam pembangunan sosioekonomi Selangor.

Beliau berharap KOSAS terus maju sebagai koperasi contoh yang inklusif serta terus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat negeri ini.