Ishak baiki kipas: Kisah bengkel kecil, sentuhan hebat

7 Dis 2025, 2:00 PM
Ishak baiki kipas: Kisah bengkel kecil, sentuhan hebat

Setiap pagi di Putra Perdana, Puchong, bengkel kecil milik Ishak Mohamed Samsi yang diberi nama Ishak Baiki Kipas, hidup dengan irama tersendiri. Deru kipas yang diuji berselang dengan bunyi alat pertukangan membentuk simfoni sederhana.

Di tengah-tengah ruang kerja itu, Ishak menundukkan kepala, matanya meneliti setiap papan litar, skru dan wayar. Tangan yang cekap itu bergerak pantas tetapi berhati-hati seolah-olah setiap komponen menceritakan kisah kerosakan dan rahsia pembaikan.

Pelanggan kembali bukan hanya kerana kebolehan Ishak, tetapi kerana kesabaran dan ketulusan hatinya. Setiap kali menjelaskan punca kerosakan, memberi cadangan atau menasihati cara penjagaan, Ishak menabur rasa hormat dan kepercayaan.

Ada yang singgah hanya ingin bertanya ada juga hadir menyerahkan kipas yang dianggap sudahpun dianggap “mati” sebaliknya pulang dengan senyuman lega apabila kipas itu kembali berputar.

Bengkel yang sederhana itu kini menjadi simbol kepercayaan masyarakat setempat. Ishak Baiki Kipas bukan sekadar tempat membaiki peralatan, ia tempat di mana kepakaran bertemu kesabaran dan barang rosak diberi nafas baru.

Dalam rakaman jurufoto Khairul Helmy, terserlah lincahnya tangan Ishak, fokus matanya dan kepuasan pelanggan. Setiap detik menggambarkan dedikasi seorang lelaki yang memperbaiki bukan hanya peralatan tetapi keyakinan orang sekelilingnya.

Ishak Mohamed Samsi membaiki kipas rosak di bengkelnya, Ishak Baiki Kipas, yang terletak di Putra Perdana, Puchong. Berbekalkan pengalaman luas dalam bidang pembaikan peralatan elektrik, beliau dikenali kerana hasil kerja yang teliti serta layanan pelanggan yang mesra.

Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pembaikan peralatan elektrik, Ishak Mohamed Samsi mahir mengesan punca kerosakan sama ada pada komponen mekanikal, litar elektronik, motor ataupun sistem pendawaian dalaman.

Ruang kerja Ishak Mohamed Samsi serta peralatan yang digunakan di bengkelnya, Ishak Baiki Kipas, di Putra Perdana, Puchong

Ketelitian dalam setiap kerja pembaikan menjadikan Ishak antara juruteknik pilihan penduduk sekitar Puchong. Beliau bukan sahaja memastikan setiap kipas yang diperbaiki berfungsi semula dengan optimum, malah turut memberi penerangan kepada pelanggan mengenai punca kerosakan dan cara penjagaan yang betul.

Ishak Mohamed Samsi memeriksa bahagian eletronik di bengkelnya, Ishak Baiki Kipas, di Putra Perdana, Puchong. Berpengalaman luas dalam bidang pembaikan peralatan elektrik, beliau dikenali kerana hasil kerja yang teliti serta khidmat pelanggan yang mesra.

Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pembaikan peralatan elektrik, Ishak Mohamed Samsi mahir mengesan punca kerosakan sama ada pada komponen mekanikal, litar elektronik, motor ataupun sistem pendawaian dalaman.

Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pembaikan peralatan elektrik, Ishak Mohamed Samsi mahir mengesan punca kerosakan sama ada pada komponen mekanikal, litar elektronik, motor ataupun sistem pendawaian dalaman.

Ishak Mohamed Samsi memeriksa kipas pelanggan di bengkelnya, Ishak Baiki Kipas, di Putra Perdana, Puchong. Berpengalaman luas dalam bidang pembaikan peralatan elektrik, beliau dikenali kerana hasil kerja yang teliti serta khidmat pelanggan yang mesra.

Ishak Mohamed Samsi bersiaran langsung di media sosial ketika membaik kipas dan berkongsi tip serta proses membaiki peralatan elektrik kepada pengikutnya sebagai usaha mendidik serta menarik pelanggan baharu.