MPS iktiraf 14 JMB, MC cemerlang dalam pengurusan strata

6 Dis 2025, 2:32 AM
MPS iktiraf 14 JMB, MC cemerlang dalam pengurusan strata

SHAH ALAM, 6 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengiktiraf 14 badan pengurusan bersama (JMB) dan perbadanan pengurusan (MC) menerusi Majlis Apresiasi JMB/MC MPS Tahun 2025 yang berlangsung di Setia Eco Templer, Rawang semalam.

Program anjuran Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB) itu bertujuan menghargai badan pengurusan yang menunjukkan kecemerlangan dalam aspek pengurusan dan penyenggaraan harta bersama di bawah pentadbiran MPS.

Majlis perasmian disempurnakan Yang Dipertua MPS, Shahman Jalaludin, yang menekankan pentingnya pengurusan strata yang cekap bagi memastikan kesejahteraan penduduk.

Sebanyak empat kategori pengiktirafan diperkenalkan tahun ini.

Kategori Skim Kos Rendah

1. Perbadanan Pengurusan Dahlia 2 (penarafan 3 bintang)

2. JMB Apartment Taman Setia Rawang (penarafan 3 bintang)

3. Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Mutiara (penarafan 4 bintang)

Kategori Skim Kos Sederhana

1. Perbadanan Pengurusan PM1047 (penarafan 4 bintang)

2. JMB Residensi Laguna Biru 2 (penarafan 4 bintang)

3. Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Danau Ria (penarafan 4 bintang)

Kategori Skim Kos Tinggi

1. Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Ria (penarafan 5 bintang)

2. Badan Pengurusan Bersama Banjaria Court (penarafan 5 bintang)

3. Village Homes Management Corporation (penarafan 5 bintang)

Kategori Skim Komersial

1. One Selayang Joint Management Body (penarafan 4 bintang)

2. Perbadanan Pengurusan Dataran Emerald (penarafan 5 bintang)

3. Badan Pengurusan Bersama Avia Plus (penarafan 5 bintang)

Majlis turut dihadiri Penolong Setiausaha MPS, Ts Hairudin Daud; Pengarah COB MPS, Nor Shafaliza Saharudin; Penolong Pengarah Kanan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Dr Nor Hanizan Sahib serta wakil Jabatan Perumahan Negara, selain ahli majlis dan ketua jabatan MPS.