SPRM tahan ahli parlimen berkaitan projek fidlot kerajaan negeri

5 Dis 2025, 4:28 AM
SPRM tahan ahli parlimen berkaitan projek fidlot kerajaan negeri

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Seorang ahli parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah semalam bagi tujuan pertuduhan berhubung projek usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri.

Sumber memaklumkan siasatan dijalankan sejak Februari lalu berkaitan dakwaan menerima kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot berkenaan.

“Kertas siasatan dibuka susulan aduan diterima pada 10 Februari lalu dan setakat ini seramai 15 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya., lapor Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata individu terbabit dirakam percakapan mengikut Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 dan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.