KOTA KINABALU, 1 DIS: Istana Seri Kinabalu hari ini menyaksikan majlis angkat sumpah Jemaah Menteri kerajaan negeri Sabah yang dibarisi komposisi tiga Timbalan Ketua Menteri dan tujuh Menteri.
Tiga Timbalan Ketua Menteri itu membabitkan gabungan dua pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Seri Masidi Manjun dan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam serta Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick.
Dr Joachim, yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) mengetuai Kementerian Kerja Raya dan Utiliti manakala Masidi meneruskan portfolio terdahulu sebagai Menteri Kewangan dalam pentadbiran negeri baharu, lapor Berita Harian.
Ewon pula mengetuai Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Perdagangan.
Berikut tujuh barisan Menteri:
1. Datuk Arifin Arif (GRS) - Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
2. Datuk Jamawi Jaafar (PH) - Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
3. Datuk Rubin Balang (GRS) - Kementerian Pembangunan Luar Bandar
4. Datuk James Ratib (GRS) Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
5. Datuk Jafry Ariffin (BN) Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
6. Datuk Julita Mojungki (GRS) - Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti
7. Datuk Nizam Titingan (GRS) - Kementerian Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif


