Enam pam air ditambah esok, percepat peralihan air dari kawasan banjir

29 Nov 2025, 11:53 AM

SHAH ALAM, 29 NOV: Kerajaan Negeri akan menambah enam unit pam air esok bagi mempercepatkan proses peralihan air di kawasan dilanda banjir susulan peningkatan aliran air dari utara Selangor menuju Kuala Langat dan Sepang.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor sebelum ini memasang empat pam di Kuala Selangor sebagai langkah mengelakkan air bertakung terlalu lama.

"Enam unit pam akan ditambah pada hari esok bagi mempercepatkan proses pemindahan air," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 27 November lalu, pam bergerak berkapasiti tinggi telah dipasang di Ban RB Ampangan, Tanjung Karang, iaitu pam hidraulik berkapasiti 10 cusec (280 l/s), pam hidraulik 10 cusec (280 l/s) di Parit Mahang, Kuala Selangor serta pam hidraulik 5 cusec (140 l/s) di Rumah Pam Setia Jaya, Bestari Jaya.

Dalam masa sama, Amirudin memaklumkan seramai 4,463 mangsa kini ditempatkan di 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan lima daerah iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

"Pertambahan mangsa dipengaruhi pergerakan air yang memasuki kawasan Kuala Langat dan Sepang," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia petang tadi turut menamatkan amaran hujan berterusan di Selangor dengan keadaan cuaca dijangka beransur baik selepas hari ini.