SHAH ALAM, 28 NOV: Sebanyak 29 sungai dan satu empangan di sembilan negeri melepasi paras bahaya setakat jam 2.45 petang tadi, menurut Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Di Perlis, dua lokasi terlibat ialah Sungai Perlis di Kampung Sungai Bakau dan Empangan Timah Tasuh.
Sementara itu di Kedah, empat sungai yang mencatat paras bahaya ialah Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Padang Terap di Kepala Batas, Sungai Bata di Kampung Pahana dan Sungai Baru di Kampung Sungai Baru.
Di Perak, hanya Sungai Slim di Slim River direkodkan berada pada tahap bahaya.
Di Selangor, tujuh sungai berada melebihi paras bahaya melibatkan Pintu Air Ijok, Dengkil, Jenderam Hilir, Bukit Changgang, Pekan Meru, Taman Desa Kemuning dan Kampung Budiman.
Di Negeri Sembilan, enam sungai dilaporkan pada paras bahaya termasuk Kampung Datok Johan, Sungai Linggi di Kampung Linsum, Sungai Jelai di Pekan Dangi, Sungai Linggi di Pekan Linggi, Sungai Rembau di Titian Bintangor serta Sungai Gemencheh di Empangan Sungai Dua.
Empat sungai di Melaka turut melepasi paras bahaya iaitu Sungai Durian Tunggal di Batu 11 Air Resam, Hulu Sungai Cheng, Hilir Sungai Cheng dan Sungai Melaka di Melaka Pindah.
Di Johor pula, satu-satunya sungai yang berada pada paras bahaya ialah Sungai Lenik di Ladang Chaah.
Di Terengganu, dua lokasi mencatat bacaan bahaya iaitu Kampung Langkap dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri.
Di Kelantan pula, dua sungai melepasi paras bahaya melibatkan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Lebir di Kampung Tualang.
Manakala di Sabah, hanya Sungai Moyog di Penampang menunjukkan paras air melebihi tahap bahaya.


