ad

Tiga stesen JPS catat paras bahaya, dua stesen lagi tahap amaran

26 Nov 2025, 2:13 AM

SHAH ALAM, 26 NOV: Tiga stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor mencatat paras air melebihi tahap bahaya setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman info banjir JPS, stesen Jambatan SKC di Hulu Selangor merekodkan paras air 19.64 meter (m), Pintu Air Ijok di Kuala Selangor (4.2m) dan Pekan Meru, Klang dengan 4.4m.

Selain itu, dua stesen JPS di Rantau Panjang dan Kampung Asahan di Kuala Selangor berada pada tahap amaran dengan masing-masing merekodkan paras air 7.4m dan 3.52m.

Dalam pada itu, laman info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka masih masa iaitu dengan pertambahan mangsa 0.13 peratus.

Semalam, 23 PPS dibuka di tujuh daerah di Selangor, berikutan situasi banjir yang masih berlarutan.

Kuala Selangor mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan sembilan PPS membabitkan 1,741 mangsa, diikuti Klang dengan empat PPS, Shah Alam dan Sabak Bernam (3 PPS), Hulu Langat (2 PPS), manakala Hulu Bernam dan Sepang masing-masing satu PPS.

Kerajaan Negeri sebelum ini sudah mengarahkan semua agensi terlibat agar bersedia sepenuhnya menghadapi Monsun Timur Laut termasuk dari segi logistik dan bantuan kecemasan.

Pihak berkuasa juga menasihatkan orang awam agar sentiasa peka terhadap amaran cuaca dan mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi.