ad

1,922 rumah bakal dibina di pinggir Sungai Klang, Seksyen 24 Shah Alam

18 Nov 2025, 7:59 AM
1,922 rumah bakal dibina di pinggir Sungai Klang, Seksyen 24 Shah Alam
1,922 rumah bakal dibina di pinggir Sungai Klang, Seksyen 24 Shah Alam
1,922 rumah bakal dibina di pinggir Sungai Klang, Seksyen 24 Shah Alam
1,922 rumah bakal dibina di pinggir Sungai Klang, Seksyen 24 Shah Alam

SHAH ALAM, 18 NOV: Kawasan sekitar pinggiran sungai di Seksyen 24, dekat sini dikenal pasti antara lokasi pembinaan kediaman bawah kendalian program Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azmen Nordin berkata pihaknya merancang untuk membina 1,922 unit rumah sekitar kawasan terbabit termasuk 700 rumah mampu milik.

Pembangunan projek ini bertemakan sungai. Rumah akan menghadap sungai menjadikan ia lebih menarik. Lepas ini kita akan pastikan Sungai Klang sentiasa bersih dan tidak memberi kesan pencemaran kepada penduduk situ.

“Walaupun persekitaran cantik, berkonsep sungai namun harga ditawar mengikut garis panduan Kerajaan Negeri. Ada yang Harga mampu milik. Cuma kalau pasaran bebas, ia bergantung kepada kawasan terbabit,” katanya kepada Media Selangor.

Syaiful Azmen berkata pembangunan Kampung Fajar dan Kampung Warisan di Gombak pada tahun depan melibatkan 177 keluarga bakal menjadi projek pertama dengan jangkaan siap dalam tempoh tiga tahun.

“Projek ini merupakan pembangunan semula kerana ini kawasan setinggan. Ini penempatan tak rasmi, ada isu pencemaran, banjir jadi kita integrasikan dalam pembangunan SMG. Sekarang kita tengah buat persediaan untuk lancarkan projek ini,” katanya.

Menerusi Belanjawan Selangor 2026, Dato’ Menteri Besar mengumumkan lebih 3,000 rumah termasuk jenis mampu milik akan dibina di kawasan berhampiran Sungai Klang bermula tahun depan sehingga 2030.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari pembinaan atas sembilan plot tanah seluas 263 ekar itu melibatkan 2,433 unit rumah harga bebas serta 970 rumah mampu milik.