MPKL perkukuh usaha bendung denggi di Taman Banting Baru

16 Nov 2025, 9:24 AM
MPKL perkukuh usaha bendung denggi di Taman Banting Baru
MPKL perkukuh usaha bendung denggi di Taman Banting Baru
MPKL perkukuh usaha bendung denggi di Taman Banting Baru

KUALA LANGAT, 16 NOV: Kira-kira 102 penduduk Taman Banting menyertai program Gotong-Royong Pencegahan Demam Denggi Sempena Hari Rendah Karbon @ Kuala Langat 2025 semalam.

Program anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang berlangsung dari 7.30 pagi hingga 12 tengah hari itu bertujuan mengukuhkan usaha pencegahan denggi di kawasan perumahan.

Menurut MPKL, program itu bukan sahaja melibatkan pembersihan kawasan, tetapi juga memberi kesedaran kepada penduduk mengenai tanggungjawab mencegah pembiakan Aedes.

“Seramai 30 orang peserta berjaya menemui dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes

“Program turut menampilkan pameran produk dan cabutan bertuah,” katanya menerusi Facebook.

Secara keseluruhan, sebanyak 508 kilogram sisa berjaya dikumpulkan.

MPKL memaklumkan usaha gotong-royong bersama komuniti diteruskan bagi menangani lokaliti wabak denggi yang masih direkodkan di daerah tersebut.

Turut hadir wakil MPKL, pemimpin komuniti serta pihak kesihatan daerah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.