ad

JPRN Selangor perkemas gerak kerja menang calon HARAPAN di Sabah

16 Nov 2025, 7:41 AM
JPRN Selangor perkemas gerak kerja menang calon HARAPAN di Sabah
JPRN Selangor perkemas gerak kerja menang calon HARAPAN di Sabah

SHAH ALAM, 16 NOV: Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor komited membantu kemenangan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan menggerakkan jentera secara lebih tersusun di beberapa kawasan utama.

Pengarahnya, Dr Sathia Prakash Nadarajan mempengerusikan mesyuarat persiapan terakhir pasukan yang akan menyelaras kempen di DUN Sindumin pada Sabtu.

“Mesyuarat ini memberi fokus kepada penyelarasan tugasan, strategi dan pembahagian peranan jentera supaya pasukan Selangor dapat membantu kempen dengan lebih berkesan.

“Semoga perjalanan seluruh pasukan dipermudahkan dan semua kekal selamat. Terus kuat, terus fokus,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pasukan JPRN Selangor berada di Sabah sejak akhir Oktober sebagai usaha mengukuhkan gerak kerja PRN Sabah ke-17.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tempoh kempen selama 14 hari dengan pengundian awal pada 25 November dan hari mengundi pada 29 November.

Dalam hantaran lain, JPRN Selangor memaklumkan kehadiran pasukan itu memberikan sokongan kepada beberapa calon HARAPAN pada hari penamaan calon semalam, termasuk di DUN Inanam, Api-Api dan Sindumin.

“Semoga urusan dipermudahkan dan kemenangan berpihak kepada kita,” menurut hantaran itu.