ad

Gelanggang futsal SS9 berwajah baharu, pacu semangat belia Sungai Way

12 Nov 2025, 7:30 AM
Gelanggang futsal SS9 berwajah baharu, pacu semangat belia Sungai Way
Gelanggang futsal SS9 berwajah baharu, pacu semangat belia Sungai Way
Gelanggang futsal SS9 berwajah baharu, pacu semangat belia Sungai Way

SHAH ALAM, 12 NOV: Gelanggang futsal di SS9, Sungai Way, dalam kawasan DUN Seri Setia, dinaik taraf dengan peruntukan RM30,000, bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia Dr Mohammad Fahmi Ngah, berkata penambahbaikan itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk dan golongan belia.

“Saya berharap penduduk dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya serta menjaga infrastruktur sedia ada agar ia dapat dinikmati dalam jangka masa panjang.

"Selain menjadi ruang riadah, gelanggang ini juga dapat menjadi pusat bagi mengeratkan hubungan perpaduan dalam kalangan anak muda di Sungai Way,” kata beliau yang juga EXCO Agama Islam menerusi Facebook.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia Dr Mohammad Fahmi Ngah meninjau gelanggang futsal yang dinaik taraf di SS9, Sungai Way. Foto Dr Mohammad Fahmi Ngah

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk penggantian jaring dan tiang gol serta pemasangan papan notis bersebelahan gelanggang bagi memaklumkan peraturan penggunaan kemudahan.

Bagi memastikan pengurusan lebih tersusun, kunci pintu masuk gelanggang diserahkan kepada wakil ketua kawasan untuk penyelarasan penggunaan oleh komuniti setempat.

Inisiatif menaik taraf gelanggang futsal iu menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkukuh pembangunan komuniti melalui penyediaan kemudahan sukan yang inklusif dan berkualiti.