ad

Pemandu rentung lori kontena terbakar di Lebuhraya Plus

12 Nov 2025, 2:47 AM
Pemandu rentung lori kontena terbakar di Lebuhraya Plus

IPOH, 12 NOV: Pemandu rentung selepas lori kontena dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 254 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar serta Meru Raya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 3.19 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah kontena sejuk beku yang membawa muatan sayur-sayuran, dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terbakar.

"Mangsa, lelaki berusia 64 tahun disahkan maut di tempat kejadiaan oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar berdasarkan keadaan fizikal mangsa yang rentung," katanya dalam kenyataan.

Shazlean berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 5.07 pagi.