ad
AGENDA

Lori kontena terbalik halang laluan Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Maran

28 Dis 2024, 2:55 AM
Lori kontena terbalik halang laluan Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Maran

KUANTAN, 28 DIS: Sebuah lori kontena milik syarikat kurier dan logistik terbabas dan terbalik di Kilometer 74, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, berhadapan sebuah sekolah di Maran, pada kira-kira pukul 6.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan berkenaan dan menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif buat sementara waktu.

“Kemalangan ini hanya melibatkan kerosakan tanpa sebarang kecederaan. Jalan dari arah Maran menuju ke Kuantan terpaksa ditutup sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata proses pengalihan lori kontena yang terbalik sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, dan laluan tersebut akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja pengalihan selesai.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.