ad

Gempa bumi lemah landa Borneo, gegaran dirasa di selatan Sabah

5 Nov 2025, 11:11 AM
Gempa bumi lemah landa Borneo, gegaran dirasa di selatan Sabah

SHAH ALAM, 5 NOV: Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Borneo pada jam 6.37 petang hari ini dengan kekuatan magnitud 4.8, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Gempa berkenaan berpusat pada koordinat 2.7° Utara dan 116.6° Timur, iaitu kira-kira 227 kilometer selatan dari Sapulut, Sabah, dengan kedalaman 10 kilometer.

Menurut MET Malaysia, gegaraan mungkin dirasai di bahagian selatan Sabah, namun tiada ancaman tsunami dilaporkan setakat ini.

Pihak jabatan memaklumkan bahawa mereka akan terus memantau keadaan semasa dan akan mengeluarkan maklumat terkini sekiranya terdapat perkembangan baharu.