ad

Subsidi hampir RM60 juta Jualan Ehsan Rahmah bukti komitmen bantu rakyat Selangor

30 Okt 2025, 2:01 AM
Subsidi hampir RM60 juta Jualan Ehsan Rahmah bukti komitmen bantu rakyat Selangor
Subsidi hampir RM60 juta Jualan Ehsan Rahmah bukti komitmen bantu rakyat Selangor
Subsidi hampir RM60 juta Jualan Ehsan Rahmah bukti komitmen bantu rakyat Selangor
Subsidi hampir RM60 juta Jualan Ehsan Rahmah bukti komitmen bantu rakyat Selangor
Subsidi hampir RM60 juta Jualan Ehsan Rahmah bukti komitmen bantu rakyat Selangor

SHAH ALAM, 30 OKT: Puluhan juta ringgit subsidi diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi menjayakan program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di seluruh Selangor.

Bermula pada 2022 dengan kos RM12 juta, ia meningkat kepada RM13 juta pada tahun berikutnya. Jumlah subsidi terus ditingkatkan kepada RM16.4 juta pada 2024.

Tahun ini, menerusi JER yang dilaksana bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Kerajaan Negeri mengeluarkan belanja RM17 juta, seiring matlamat membantu rakyat berpendapatan rendah.

Ketua pegawai operasi PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd berkata tanggungan subsidi yang kian meningkat itu membuktikan komitmen pentadbiran dalam memastikan penduduk mendapat bantuan dalam segenap aspek.

“Untuk subsidi sahaja, Selangor tanggung kira-kira RM1 juta sebulan. Itu tidak termasuk kos dikeluarkan pihak KPDN serta penganjuran program khas seperti JER mega.

“Secara keseluruhan, setahun hampir RM17 juta subsidi diberikan. Ini membuktikan ramai rakyat memang berbelanja di program ini kerana mereka mampu berjimat sehingga 50 peratus selain barangan berkualiti,” kata Rosnani Abdul Malek kepada Media Selangor.

Ketua Pegawai Operasi PKPS Ehsan Marketing Sdn Bhd Rosnani Abdul Malek ketika ditemubual Media Selangor di Wisma PKPS, Shah Alam pada 2 Oktober 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Memandangkan penganjuran memberi manfaat besar namun perlu mengeluarkan kos tinggi, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif membina Gudang Makanan Selangor (GMS) bagi memastikan JER kekal bertahan dalam tempoh panjang.

Justeru Rosnani berkata dengan adanya GMS yang dilancar Mac lalu, di samping kerjasama yang terjalin dengan beberapa rakan strategik, ia secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada jualan asas berkenaan.

“Bila ada GMS, kita boleh simpan bekalan seperti ayam, ikan, beras. Kita beli semua produk ini ketika harga murah dan simpan. Dan bila kita buat JER, kita akan jual. Andainya pasaran ketika itu kekurangan bekalan atau harga tinggi, kita masih ada simpanan untuk rakyat.

“JER boleh terus berjalan lancar sebab kita ada gudang sendiri, logistik sendiri seperti lori dan kakitangan malah ada rakan strategik yang begitu komited untuk sediakan produk,” katanya.

Jelas Rosnani, pihaknya memerlukan pengesahan secepat mungkin daripada pihak DUN supaya urusan bersama pembekal berjalan lancar dan membolehkan notis dikeluarkan awal sekali gus membolehkan informasi sampai kepada penduduk.

Justeru pihaknya sedaya upaya membentuk komunikasi dan menjalin hubungan baik dengan pihak DUN supaya urusan penentuan lokasi berjalan lancar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat Gudang Makanan Selangor (GMS) selepas majlis pelancaran di Tiong Nam Logistik, Pelabuhan Klang, Klang pada 22 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Dalam aspek digitalisasi, pihaknya berdepan dengan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) bagi merekodkan pembelian minyak masak paket.

“Bila kita jual minyak masak bersubsidi, pembeli perlu daftar dahulu, kena muat turun aplikasi ini atau terus daftar. Bila pergi kampung, mereka kurang pengetahuan berkenaan teknologi. Nak mudahkan, kita bantu mereka daftar.

“Selain itu kita turut berdepan masalah tenaga kerja. Sekurang-kurangnya lapan pekerja diperlukan. Masalah ini masih berlanjutan memandangkan tidak ramai terutama golongan muda mahukan kerja seperti ini,” katanya.

Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding pasaran dalam program Jualan Ehsan Rahmah DUN Lembah Jaya di Taman Sri Bayu, Ampang Jaya pada 17 Mac 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINII