Peningkatan jumlah kenderaan setiap tahun membawa kepada masalah baharu, kemunculan kereta terbiar di kawasan perumahan dan tempat letak kereta awam. Bukan sahaja mencacatkan pemandangan, kenderaan terbiar ini menimbulkan risiko pencemaran dan keselamatan kepada penduduk setempat.
Di sebalik rupa yang lusuh dan berkarat, kereta terbiar sebenarnya menyimpan pelbagai komponen bernilai seperti logam, kaca dan plastik yang boleh dikitar semula. Jika diurus dengan betul dan bijak, sisa ini mampu menjadi sumber ekonomi baharu yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Menyedari potensi dan risiko ini, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah memperkenalkan dasar Kenderaan Tamat Hayat (End-of-Life Vehicle, ELV) sejak tahun 2021. Dasar ini memastikan semua kenderaan terbiar dilupuskan secara sah, sistematik dan mesra alam.
Melalui pelaksanaan dasar ELV, kenderaan yang ditarik, diserahkan kepada syarikat berlesen dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk dileraikan serta dikitar semula. Pendekatan ini memastikan tiada pencemaran sekunder berlaku semasa proses pelupusan dijalankan.
Antara contoh kejayaan pelaksanaan dasar ini ialah Car Medic Sdn Bhd, kemudahan rawatan kenderaan berlesen pertama di Malaysia yang beroperasi di Kajang Technology City sejak 2020. Usaha seperti ini membuktikan bahawa sisa automotif boleh ditukar menjadi sumber yang berharga demi kelestarian bandar dan alam sekitar.
Jurufoto Ahmad Zakki Jilan turun ke Kajang Technology City untuk melihat sendiri potensi menukar sisa kereta terbiar kepada sumber ekonomi baharu lagi lestari serta mencungkil kisah kejayaan Car Medic Sdn Bhd memenuhi pelaksanaan ELV.
Setelah melalui proses penarikan, kenderaan tamat hayat (ELV) dibawa menggunakan lori ke pusat pelupusan Car Medic Sdn. Bhd. di Bandar Teknologi Kajang untuk dileraikan dan dikitar semula secara mesra alam.
Kenderaan disusun selepas melalui proses pengesahan identiti bagi memastikan setiap unit sah untuk dilupuskan.
Sistem nyahpencemaran automatik di Car Medic Sdn Bhd mampu mengekstrak semua cecair dalam masa hanya 10 minit. Semua prosedur syarikat itu menepati piawaian alam sekitar Eropah bagi sistem ELV, sekali gus memastikan tiada pencemaran tanah atau sungai berlaku.
Pekerja membuang semua cecair berbahaya daripada kenderaan yang akan dilupuskan bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar.
Car Medic Sdn Bhd beroperasi di Kajang Technology City sejak 2020 merupakan kemudahan rawatan kenderaan berlesen pertama di Malaysia yang menggunakan proses pelupusan sistematik berasaskan piawaian alam sekitar bagi memastikan tiada pencemaran sekunder berlaku.
Pekerja mengasingkan pelbagai komponen kenderaan yang boleh digunakan semula di pusat pelupusan Car Medic Sdn Bhd, Bandar Teknologi Kajang
Pekerja mengasingkan pelbagai komponen kenderaan yang boleh digunakan semula di pusat pelupusan Car Medic Sdn Bhd, Bandar Teknologi Kajang
Pekerja mengasingkan pelbagai komponen kenderaan yang boleh digunakan semula di pusat pelupusan Car Medic Sdn Bhd, Bandar Teknologi Kajang
Dalam proses pelupusan kenderaan tamat hayat (ELV), pekerja memisahkan tayar daripada rim menggunakan peralatan khas bagi memastikan setiap komponen dapat dikitar semula dengan betul.
Di sebalik keadaan fizikal yang lusuh dan berkarat, kenderaan tamat hayat masih mengandungi pelbagai komponen bernilai yang boleh dikitar semula, sekali gus menjadikannya berpotensi untuk “berubah daripada sisa menjadi sumber”.
Pengarah Car Medic Sdn. Bhd., Kwan Kian Heng (kanan) dan Kwan Joey memastikan operasi peleraian dijalankan secara teratur dan bersih dengan setiap kenderaan disusun mengikut prosedur ketat di Kajang Technology City.