ad

Walkabout Deepavali semarak suasana perayaan di Jalan Tengku Kelana

19 Okt 2025, 3:26 AM

SHAH ALAM, 19 OKT: Suasana di Jalan Tengku Kelana, Klang semalam bertambah meriah apabila lebih 200 beg manisan diagihkan kepada peniaga sempena program Walkabout Deepavali yang diadakan menjelang sambutan perayaan masyarakat India.

Program berkenaan disertai EXCO Pembasmian Kemiskinan, V. Papparaidu yang turut menyampaikan duit raya Deepavali kepada kanak-kanak yang menemani ibu bapa mereka membuat persiapan di kawasan tumpuan utama itu.

Menurut Papparaidu, program berkenaan bertujuan menyemarakkan semangat perayaan selain mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Saya sempat menasihatkan orang ramai supaya berhemat dalam berbelanja dan berhati-hati pulang ke kampung. Senyuman serta semangat mereka benar-benar menyerikan suasana menjelang Deepavali,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar cahaya Deepavali membawa lebih banyak keceriaan, keberkatan dan perpaduan kepada seluruh rakyat Selangor.