ad

Wanita, sembilan murid cedera, bangunan, surau runtuh akibat ribut

15 Okt 2025, 10:53 AM

SHAH ALAM, 15 OKT: Seorang wanita termasuk sembilan murid Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Telok Panglima Garang cedera selepas bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang dan surau sekolah Kafa itu runtuh akibat ribut kencang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Andalas bergegas ke lokasi.

“Setibanya pada jam 4.43 petang didapati berlaku runtuhan membabitkan bangunan pejabat berkeluasan 20 x 40 kaki persegi yang dikategorikan sebagai bangunan kelas B," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahmad Muklis berkata, pihak bomba menjalankan kerja menyelamat apabila melihat seorang mangsa wanita berusia 51 tahun terperangkap di bawah runtuhan dalam keadaan sedar.

Menurutnya, runtuhan bangunan pejabat itu turut melibatkan sebuah surau Kafa yang terletak berhampiran dengan berkeluasan 50 x 60 kaki persegi yang diklasifikasikan sebagai bangunan kelas A.

“Mangsa wanita itu berjaya dikeluarkan pada jam 5.05 petang dengan kecederaan pada bahagian pinggang serta paha dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

“Manakala tujuh hingga sembilan pelajar Kafa yang terlibat cedera ringan. Punca sebenar runtuhan masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video orang ramai yang menunjukkan keadaan ribut petir termasuk puting beliung kecil dipercayai berlaku di Kuala Langat, petang tadi.