ad

Tikam pelajar: Suspek direman seminggu, disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

15 Okt 2025, 3:09 AM
Tikam pelajar: Suspek direman seminggu, disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

SHAH ALAM, 15 OKT: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tikam pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

Perintah reman mulai hari ini dikeluarkan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha selepas membenarkan permohonan polis di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, lapor Sinar Harian.

Suspek yang juga pelajar tingkatan satu (kelas peralihan), disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Dalam prosiding, suspek berbaju oren diwakili peguam Anuar Ezzad.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar perempuan maut ditikam pelajar lelaki dalam kejadian di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan, jam 9.10 pagi.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata suspek berjaya ditahan pada hari sama.