Polis buka kertas siasatan isu pengibaran bendera Israel di Kelantan

12 Okt 2025, 3:59 PM
Polis buka kertas siasatan isu pengibaran bendera Israel di Kelantan

KOTA BHARU, 12 OKT: Polis membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel ketika “Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” yang berlangsung di Lembah Sireh, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.

Beliau ketika dihubungi hari ini berkata polis akan memanggil pihak penganjur untuk diambil keterangan lanjut berhubung kes itu dalam tempoh terdekat.

Pada Jumaat lalu, kejadian berlaku apabila sebuah bot yang memasang beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan bot yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu, disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang hingga ke Lembah Sireh, meliputi jarak sejauh lapan kilometer, sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.