Belanjawan 2026: Selangor terima 10 sekolah baharu, termasuk pendidikan khas

11 Okt 2025, 12:01 AM
Belanjawan 2026: Selangor terima 10 sekolah baharu, termasuk pendidikan khas

SHAH ALAM, 11 OKT: Sebanyak 10 sekolah baharu termasuk sekolah pendidikan khas akan dibina di Selangor menerusi perancangan Belanjawan 2026, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata 10 sekolah berkenaan adalah:

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Suria, Kuala Selangor

  • SK Puchong Permai, Puchong

  • SK Taman Desa (3), Rawang

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Eco Grandeur, Kuala Selangor

  • SMK Kota Kemuning (2), Shah Alam

  • SMK Cyberjaya (2), Sepang

  • SMK Bukit Puchong, Sepang

  • SMK Bandar Mahkota Cheras, Cheras

  • SMK Setia Alam (2), Shah Alam

  • SK Pendidikan Khas Kota Damansara

Menurutnya, 10 sekolah berkenaan termasuk antara 38 sekolah baharu yang akan dibina di seluruh negara menerusi Belanjawan 2026 untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Selain itu, katanya projek sekolah akan disegerakan menggunakan bangunan sedia ada untuk kelangsungan pendidikan murid.

“Pembinaan bilik darjah tambahan melalui kaedah sistem binaan berindustri (IBS) di sekolah sedia ada berjaya siap dalam tempoh maksimum enam bulan dengan RM100 juta disediakan bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi.

“Sebanyak 350 kelas prasekolah baharu juga dibina di bangunan sedia ada dengan peruntukan lebih RM100 juta bagi mengisi kekurangan kelas prasekolah,” katanya.