ad

Hasil kerjasama Turkiye, 23 rakyat Malaysia ditahan Israel akan pulang selepas berehat di Istanbul – PM

4 Okt 2025, 9:26 AM

SHAH ALAM, 4 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua rakyat Malaysia yang ditahan Israel ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla dijangka pulang ke tanah air esok malam atau lusa.

Kesemua 23 aktivis itu kini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Ramon, selatan Israel sebelum dipindahkan ke Istanbul, Türkiye untuk berehat sebelum pulang. Anwar berkata mereka dinasihatkan berehat di Istanbul kerana menerima layanan keras sepanjang tahanan.

Menurutnya, semalam tiga aktivis enggan menandatangani notis pengusiran Israel, namun selepas rundingan bersama Ketua Pengarah Sumut Nusantara, kesemua akhirnya akur dan dibawa keluar dari negara berkenaan.

“Semalam tiga daripada anak-anak kita rakyat Malaysia agak keberatan untuk menandatangani arahan pengusiran dari Israel. Tetapi pendapat kita adalah untuk mereka bersetuju. Kita bincang dengan Ketua Pengarah Sumut Nusantara, Sani, untuk mengajak semua pulang dan kita susun strategi berikutnya,” katanya.

Anwar menjelaskan usaha membawa pulang aktivis berkenaan dilaksana hasil kerjasama rapat antara Malaysia dan Türkiye.

“Saya dapat persetujuan Presiden Recep Tayyip Erdogan melalui Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Türkiye, Dr Ibrahim Kalin yang sedang menguruskan perkara ini dengan kerjasama penuh kerajaan Turki,” katanya dalam siaran langsung menerusi media sosialnya.

Beliau menambah kejayaan ini hasil rundingan diplomatik melibatkan Kementerian Luar, Menteri Dalam Negeri, selain kerjasama Amerika Syarikat, Qatar dan Jordan.

“Rundingan ini tidak hanya membabitkan keselamatan rakyat Malaysia dan Turki. Kita juga berbincang mengenai semua pihak termasuk rakan Eropah, Indonesia dan negara lain yang menyertai rombongan kebebasan flotilla. Pada hemat saya, ia sangat berjaya dari sudut ini,” katanya.

Misi Global Sumud Flotilla yang disertai ratusan aktivis antarabangsa berlepas dari pelabuhan Turki bulan lalu dengan matlamat menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza yang terus dikepung Israel sejak Oktober 2023. Antara yang terlibat termasuk aktivis dari Malaysia, Indonesia, Turki, Jordan, Amerika Syarikat dan Eropah.

Namun, kapal berkenaan dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa minggu lalu sebelum kesemua aktivis ditahan di pelbagai pusat tahanan Israel. Tindakan itu dikecam badan hak asasi antarabangsa kerana dianggap melanggar undang-undang maritim serta menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin.