Ratusan rakyat berhimpun di Kuala Lumpur semalam, termasuk kumpulan Ultra Malaya, bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan Israel merampas flotilla bantuan Gaza.
Hari ini memasuki hari kedua, semangat solidariti tidak surut apabila suara “Free Palestine” terus bergema dengan kibaran bendera Palestin, menjadikan protes itu simbol keteguhan rakyat Malaysia bersama perjuangan Sumud.
Gelombang sokongan turut merebak ke serata dunia dari London, Paris, Istanbul, Amman hingga New York dengan ribuan turun ke jalan menuntut sekatan ke atas Gaza dihentikan.
Dalam pada itu, Presiden Colombia Gustavo Petro mengumumkan pengusiran diplomat Israel sebagai tanda protes diplomatik sekaligus menjadikan negaranya antara yang pertama mengambil langkah tegas selepas rampasan flotilla bantuan kemanusiaan.
Orang ramai berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan terhadap aktivis dan sukarelawan Global Sumud Flotilla yang ditahan tentera Israel pada 2 Oktober 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR
Orang ramai berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika bagi menyatakan solidariti terhadap SUMUD Flotila pada 2 Oktober 2025. Foto Haizal Yatiran
Hampir 2,000 peserta menyertai Himpunan Sumud Flotilla yang berlangsung di pekarangan parkir Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada 3 Oktober 2025. Himpunan anjuran Majlis Belia Pahang bersama Persatuan Kebajikan Sukarelawan Sosial Anak Pahang, Suara Anak Pahang dan Gerakan Malaysia 4B Pahang. Foto BERNAMA
Peserta menyertai Himpunan Solidariti Global Sumud Flotilla (GSF) di pekarangan Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada 3 Oktober 2025. Foto BERNAMA
Seorang penunjuk perasaan berdepan dengan polis ketika demonstrasi di hadapan Kedutaan Israel di Paris, Perancis, 2 Oktober 2025. Foto REUTERS.jpeg
Para penunjuk perasaan melaungkan slogan semasa demonstrasi mengecam tindakan tentera Israel memintas kapal-kapal Global Sumud Flotilla yang berusaha untuk sampai ke Gaza dan memecahkan sekatan laut Israel di Madrid, Sepanyol, pada 2 Oktober 2025. Foto REUTERS
Orang ramai mengadakan protes bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza dan mengecam tindakan tentera Israel memintas beberapa kapal dalam Global Sumud Flotilla yang berusaha untuk sampai ke Gaza dan memecahkan sekatan laut Israel, di Berlin, Jerman, pada 2 Oktober 2025. Foto REUTERS
Orang ramai berhimpun di luar Katedral Duomo bagi membantah tindakan tentera Israel memintas beberapa kapal dalam Global Sumud Flotilla yang berusaha untuk sampai ke Gaza dan memecahkan sekatan laut Israel, di Milan, Itali, pada 2 Oktober 2025. Foto REUTERS
Orang ramai menghadiri protes pro-Palestin selepas Israel memintas beberapa kapal dalam Global Sumud Flotilla yang berusaha untuk sampai ke Gaza dan memecahkan sekatan laut Israel, di Dublin, Ireland, pada 2 Oktober 2025. Foto REUTERS
Para pelajar menyertai protes semasa mogok bagi menyokong rakyat Palestin di Gaza dan mengecam tindakan tentera Israel memintas kapal-kapal dari Global Sumud Flotilla, di Madrid, Sepanyol, pada 2 Oktober 2025. Foto REUTERS
Para penunjuk perasaan melaungkan slogan semasa demonstrasi, selepas Israel memintas beberapa kapal dalam Global Sumud Flotilla yang berusaha untuk sampai ke Gaza dan memecahkan sekatan laut Israel, berhampiran kedutaan Israel di Athens, Greece, pada 2 Oktober 2025. Foto REUTERS
Para penunjuk perasaan memegang plakad yang tertulis "Palestin, Iran, Yaman, Lubnan, Syria. Israel sedang melakukan pembunuhan dengan sokongan tanpa syarat daripada Perancis" semasa protes bagi mengecam tindakan tentera Israel memintas kapal-kapal Global Sumud Flotilla yang berusaha untuk sampai ke Gaza dan memecahkan sekatan laut Israel. Penunjuk perasaan turut menuntut pembebasan kru flotilla dan membantah operasi Israel di Semenanjung Gaza di Place de la République, Paris, Perancis, pada 2 Oktober 2025. Foto REUTERS
Penunjuk perasaan pro-Palestin menyertai protes di luar Colosseum di Rom, Itali, pada 2 Oktober. Foto REUTERS
Presiden Colombia, Gustavo Petro, berucap kepada para penunjuk perasaan pro-Palestin di Dag Hammarskjold Plaza di luar ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena Perhimpunan Agung PBB ke-80 di New York City, Amerika Syarikat, pada 26 September 2025. Presiden Petro mengumumkan bahawa Kerajaan Colombia telah mengusir semua diplomat Israel dari negara itu, sebagai tindakan tegas membantah serangan berterusan Israel terhadap Gaza dan sekatan kejam yang dikenakan ke atas wilayah tersebut. Foto REUTERS