GAZA, 29 SEPT: Tentera Israel dilaporkan membedil Hospital Al-Helou di Bandar Gaza dengan dua peluru artileri pada malam Ahad, menurut laporan WAFA yang memetik sumber perubatan.
Hospital itu menempatkan beberapa jabatan termasuk wad kanser dan unit rawatan rapi neonatal dengan 12 bayi pramatang.
Sumber berkenaan memaklumkan lebih 90 orang termasuk kakitangan perubatan dan pesakit kini terperangkap di dalam hospital selepas kereta kebal Israel mengepung kemudahan itu serta menghalang sebarang laluan keluar masuk.
-- BERNAMA-WAFA